Panduan Mengetahui Tona Kulit Anda!

Salam 1 Malaysia semua,

Hari ini ika nak kongsi dengan semua berkenaan 
cara memilih warna yang bersesuaian dengan kulit kita.
Pemilihan warna amat penting terutama dalam memilih warna
pakaian mahupun solekan lebih-lebih lagi pada wanita.
Sebagai gambaran, pemilihan warna yang betul amat penting ketika memilih
bedak asas, pemerah pipi, gincu (lipstik), pakaian, shawl dan barang kemas.
Kalau kita salah memilih tone warna yang tidak sesuai, pakaian atau
solekan yang kita gunakan tidak akan menjadi dan tiada seri.



Tone warna kulit terbahagi kepada dua iaitu
TONE PANAS (warm undertone)
TONE SEJUK(cool undertone)
Beberapa cara untuk mengetahui ton kulit anda.

1. Lihat urat pada badan anda
Jika urat pada badan anda bewarna kehijauan,
menandakan ton warna panas. Jika urat pada badan
berwarna kebiruan menandakan ton warna sejuk.

2. Menggunakan perhiasan perak/ emas
Jika warna emas lebih menaikkan seri , menandakan
ton warna panas. Manakala, jika perak yang lebih sesuai 
menandakan ton warna sejuk

3. Menggunakan tuala putih
Bersihkan wajah daripada make-up dan tarik rambut kebelakang.
Ambil tuala putih and lilitkan di leher anda. Warna putih akan menyerlahkan
lagi warna tona kulit anda. Jika anda ternampak tona warna seakan-akan biru atau
kemerahan atau keunguan pada wajah anda, kulit anda bertona warna sejuk. Namun sekiranya anda melihat warna kuning, beige atau keemasan , anda berkulit tona warna panas.Perlu diingatkan bahawa bukan kulit luaran yang menentukan warna tona tetapiundertones anda. Walaupun anda berkulit cerah, belum tentu kulit anda bertona sejuk.

4. Dibawah sinaran matahari
Perhatikan warna asas tona kulit anda di bawah sinaran matahari. Jika warna
kulit anda cenderung kekuningan, anda bertona kulit panas. Manakala jika
warna kulit anda cenderung kepada merah jambu, anda bertona kulit sejuk.

Jika ragu-ragu, sila lihat video ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Di sini terdapat lebih banyak tips yang menarik dan tidak rugi
jika menontonnya!


Kesimpulannya, warna tona kulit anda di bawah ini.
Yeay! Dah tahu warna tona kulit!


Pasti anda sudah mengetahui tona kulit anda sama ada 
kulit anda bertona panas mahupun sejuk.
Sekarang ika kongsikan warna yang terbaik untuk tona 
kulit anda.. 




Kalau anda lihat pada kedua-dua gambar di atas, sudah pasti
anda faham tanpa perlu ika menjelaskannya kan?
Tapi, secara keseluruhannya jika anda mempunyai tona kulit
panas lebih sesuai dan cantik apabila memakai warna daripada
Merah, Orange, Peach..
Jika anda mempunyai tona kulit sejuk pula lebih cenderung pada
warna Biru, Ungu, Hijau..

Ika tergolong daripada yang bertona kulit panas.
Sebab too, ika lagi banyak baju warna merah!
Awak pula bagaimana?

14 comments:

  1. thanks ika...berguna sangat :)

    ReplyDelete
  2. Thanks dear. Untuk membuatkan diri kita menyerlah, kita mesti tahu berkenaan dengan diri kita..

    ReplyDelete
  3. Ingat tona kulit too yang fair, dark or medium..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg too lain pulak yerk! Hehehehe, nanti ika update!

      Delete
  4. oh baru tahu tona kulit.. hehe Thanks sharing :)

    ReplyDelete
  5. singgah sini. info yang bagus ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sayang.. semoga dapat membantu sedikit sebanyak.

      Delete
  6. Thanks for the information :D

    ReplyDelete
  7. hai saya dari 1# Simple Giveaway by AA :) berguna sgt info ni. kalau salah pilih warna kadang2 kulit nampak kusam. hehehe ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup dear.. kita mmg kena pilih warna ikut kesesuaian kulit kita taw..

      Delete
  8. Salam'alaik .. Trima ksih sudi share ya ? :) Bru thu , ada kaitan antara dua tu :D

    ReplyDelete
  9. Wasalam dear. Yup memang ade kaitan taw.. hehehe

    ReplyDelete

Awak komen, saya sayang awak!

UP
This blog is fully design by IZZEYQA! Alright reserved by NUR ATIQAH MOHD ZAKI