Tips: Penggayaan tudung mengikut bentuk muka

Salam 1 Malaysia semua
Ok, pada kali nie ika akan kongsikan
beberapa tips yang menarik tentang memilih gaya
tudung mengikut bentuk muka kita. Bukan apa, kadang 
kala kita akan menjadi mangsa fesyen disebabkan terlalu
banyak fesyen tudung yang ada di pasaran sekarang..
Bagi yang tak tahu apa bentuk muka anda, bolehlah
klik DISINI dahulu.

Wajah Oval:



Anda bebas meimilih gaya tudung yang diinginkan. Walaupun anda menggunakan selendang, anda tetap boleh mengenakan selendang bersama anak tudung ataupun tanpa  anak tudung. Ini kerana, bentuk wajah sebegini sememangnya menjadi idaman semua. Bukan itu sahaja, semua jenis material tudung juga boleh dipakai tanpa mempunyai masalah.


Wajah Petak:


Tulang rahang anda kelihatan jelas dengan memiliki bentuk wajah sebegini. Bahagian dagu pula kurang kelihatan. Anda perlu bijak menggayakan tudung atau selendang untuk menyembunyikan tulang rahang anda. Caranya, pilihlah gaya lilitan apabila menggayakan selendang. Elakkan menbuat ikatan ke belakang tengkuk  mahupun ikatan Bienda kerana ini hanya akan memperlihatkan tulang rahang anda. Gaya tudung turban adalah dilarang sama sekali kerana dapat memperlihatkan tulang rahang yang lebih luas.


Wajah Panjang:


Anda memiliki dagu yang panjang. Untuk mengelakkan kening nampak tinggi, anda disarankan memakai anak tudung ke bawah sedikit menghampiri atau menutupi sedikit di bahagian kening. Penggunaan anak tudung syria dijangka dapat membantu untuk menutupi sedikit bahagian kening anda yang tinggi. Namun begitu, wajah sebegini sesuai menggayakan apa jua jenis selendang.


Wajah Bulat:


Wajah sebegini disarankan untuk memilih anak tudung yang lebih anjal agar tidak membuatkan pipi anda tampak kelihatan lebih tembam. Ini akan membuatkan ilusi wajah anda kelihatan memanjang. Anda disarankan memilih selendang yang nipis agar kepala anda tidak akan kelihatan lebih besar, Selendang pashmina nipis atau mini sangat sesuai untuk wajah anda.Bagi wajah yang berbentuk bulat, pilihlah tudung yang bercorak kecil dan tidak penuh. Ia untuk mengelakkan wajah anda kelihatan penuh dan tidak terurus.

Wajah segitiga/ berlian:


Seperti betuk wajah oval, anda bebas menggayakan apa jua jenis selendang. Ini kerana wajah anda yang tirus mudah digayakan dengan apa jua anak tudung dan selendang. Namun begitu, untuk membuatkan wajah anda tampak sekata, tarik selendang atau anak tudung ke hadapan sedikit pada bahagian rahang agar sekata dengan bahagian pipi dan kening.

Tips Memilih Seluar Jeans Mengikut Tubuh Badan

Salam 1 Malaysia semua.
Kali ini ika nak kongsikan tentang bagaimana memilih jeans yang
sesuai dengan bentuk badan kita.
Jeans ini adalah item yang wajib ada dalam almari baju kita
kerana ia tidak ditelan perubahan zaman.


Ika pasti semua orang mempunyai seluar jeans yang tersendiri
tetapi kadangkala seluar jeans yang digunakan itu seperti tidak 
sesuai dengan bentuk tubuh si pemakai.
So, sebelum baca lebih lanjut kita kena tahu bentuk badan kita
jenis apa sama ada pear, apple, banana or straight.
Kalau tidak tahu boleh klik SINI



Bentuk EPAL

Bentuk tubuh sebegini mempunyai bahu yang lebar dan payudara yang besar.
 Cabarannya ialah pada pinggul yang kecil dan pinggang yang lekukannya tidak begitu ketara. 
 Justeru kita harus fokus kepada cara membuat ilusi pinggang agar ia kelihatan lebih jelas.


Jean ‘Boot Cut’ adalah pilihan yang paling selamat dan sesuai kerana potongannya muat-muat dari bahagian pinggul ke lutut dan sedikit melebar dari lutut ke bawah.
 Potongannya akan memberikan keseimbangan pada bentuk tubuh.
 Jika memiliki paha yang kecil, saya cadangkan agar anda memakai jean berwarna cerah dan mengelakkan jean berwarna gelap kerana ia akan membuatkan pinggul 
Bentuk PEAR

Pinggul dan paha yang lebar adalah ciri-ciri tubuh berbentuk pir. 
 Berlawanan dengan bentuk epal, tubuh yang berbentuk pir mempunyai bahu sempit dan
 payudara yang kecil. Bahagian yang lebar ialah bahagian bawah tubuh. 
 Biasanya mereka yang bertubuh begini akan mengeluh kerana walaupun menemukan
 jean muat dengan saiz punggungnya, bahagian pinggangnya pula terlalu longgar.


Jean ‘Boot Cut’ juga sesuai dipakai untuk yang bertubuh bentuk pir kerana bahagian bawah jean yang sedikit melebar membantu mengimbangi pinggul dan paha yang lebar. Pilihan lain ialah jean ‘Flare’ atau jean berpotongan lurus yang akan dapat memberi ilusi menambah ketinggian si pemakai, sekali gus mengalihkan perhatian daripada pinggul yang lebar. Pilih warna yang gelap seperti hitam, kelabu gelap, biru tua atau coklat kerana warna-warna itu dapat membantu si pemakai kelihatan lebih ramping.

Bentuk HOURGLASS

Boleh dikatakan, potongan badan berbentuk jam pasir ini menjadi idaman kebanyakan wanita. 
Bentuk tubuh begini memiliki payudara dan pinggul yang sama lebar, dalam nisbah yang wajar
.  Namun, bahagian pinggang mereka kecil. Kadangkala, lekukan tubuh boleh menyebabkan 
kesan bayangan ramping sukar diwujudkan apabila seseorang memakai pakaian yang
 melekap pada badan. Justeru pilihlah jean daripada fabrik memberi, yang dapat melekap
 pada tubuh tanpa membuatkannya kelihatan terlalu kaku atau tebal.  


Untuk mengimbangi pinggul yang lebar, pakailah jean ‘Boot Cut’ atau pun ‘Wide Leg’ yang mana potongannya lurus dari pinggul ke lutut, lalu melebar dari lutut ke bawah.

Bentuk STRAIGHT

Bentuk tubuh ini kelihatan seperti lelaki yang tidak mempunyai lekuk pinggang yang begitu ketara serta pinggul dan payudara yang kecil. Namun, bentuk tubuh persegi panjang inilah paling mudah menggayakan pelbagai jenis seluar jean.  Sebarang potongan jean adalah sesuai dipakai oleh pemilik bentuk badan sebegini. Apa yang perlu dilakukan ialah memberi tumpuan untuk mencipta ilusi pinggang yang lebih ketara di samping menambah volume di bahagian punggung.


Jean berpotongan ‘Low Rise’ atau jean berpinggang rendah dengan tali pinggang yang lebar dapat membantu menyerlahkan pinggul dan pinggang anda. Jean potongan ‘Skinny’ juga dapat membantu menonjolkan bahagian pinggul dan membuatkan kaki kelihatan lebih panjang. Mereka yang bertubuh persegi panjang ini juga biasanya memiliki tubuh yang ramping, justeru sesuai menggayakan jean dalam pelbagai warna.




Tips Bentuk Badan Wanita!

Salam 1 Malaysia semua
Kali ini ika akan kongsikan jenis-jenis badan wanita.
Kita mesti tahu kategori badan kita untuk memudahkan kita
memilih pakaian, memilih diet yang sesuai dan jenis senaman 
yang baik untuk tubuh badan kita..


Ok lah, jenis badan wanita nie actually banyak tapi
yang kebiasaanya ada empat jenis.
HOURGLASS, PEAR, STRAIGHT, APPLE..
Kalau kita dah tahu badan kita jenis apa, senanglah kita
tutup kekurangan dan serlahkan kekuatan kita dalam
berfesyen nie..

Untuk memudahkan semua, sila ambik tali tape untuk mengukur
badan masing- masing yerk..

Sila ukur tiga bahagian yang telah ika tandakan..
Sila ukur betul-betul yerk bagi dapat bentuk badan
yang tepat taw..
 Selepas dah penat-penat ukur, silalah tekan DISINI

Hah, tiba-tiba muncul page macam kat bawah nie kan.
Ika dah printscreen bagi memudahkan semua..

Ok, sila masukkan ukuran yang dah diukur tadi dekat kotak-kotak
yang telah disediakan.. Lepas too, apa lagi tekan lah calculate..
Sekarang mesti semua dah tahu kan bentuk badan masing-masing..
So, ika akan perjelaskan dekat bawah nie...


BENTUK BADAN APPLE



Bagi sesiapa yang berbentuk apple, mereka mempunyai berat yang 
tertumpu pada bahagian pinggang dan ke atas. Biasanya mereka 
mempunyai kaki yang lansing dan pinggul yang kecil. 

BENTUK BADAN PEAR



Bagi sesiapa yang berbentuk pear, mereka mempunyai berat yang
tertumpu pada bahagian pinggang dan ke bawah. Biasanya mereka
mempunyai bahagian dada yang kecil dan pinggul yang agak besar.

BENTUK BADAN STRAIGHT/BANANA



Bagi sesiapa yang berbentuk banana, mereka biasanya mempunyai berat
yang seimbang dan kelihatan straight dari bahagian atas dan bawah.
Biasanya mereka mempunyai pinggang yang kecil.

BENTUK BADAN HOURGLASS



Bagi sesiapa yang mempunyai bentuk badan ini, sudah pasti beruntung
kerana bentuk badan ini adalah bentuk badan ideal bagi wanita. Hal
ini kerana bentuk badan ini berada di tengah-tengah iaitu diantara
pear dan juga apple. Biasanya,mereka  mempunyai ukuran dada dan
pinggang yang lebar.
Ok, ika tinggalkan awak awak semua dengan video tentang
bentuk badan wanita!



Kenali Bentuk Muka Anda!

Salam 1 Malaysia semua,

Kali ini ika akan berkongsi tips untuk anda semua
mengenali dengan lebih tepat bentuk muka anda.
Hmm, mesti tertanya-tanya kenapa kita kena kenal bentuk
muka sendirikan.. 
Ok, bila kita kenal bentuk muka kita ia akan memudahkan 
kita untuk memilih fesyen rambut, tudung, kacamata dan teknik
solekan yang sesuai untuk menyerlahkan lagi penampilan kita.


Terdapat 9 jenis bentuk muka seperti diatas ini. 
Untuk mengetahui bentuk muka anda, pastikan anda mengikat rambut
kebelakang bagi melihat dengan lebih jelas bentuk muka anda.


Untuk mengetahui bentuk wajah anda, sila ukur menggunakan
pita ukur untuk ukuran yang lebih tepat.
1) Ukur lebar dahi anda
2) Ukur wajah anda diatas tulang pipi anda
3) Ukur pada garis rahang
4) Ukur panjang muka anda (dari anak rambut ke dagu)

Ok, jika sudah dapat sila lihat di carta di bawah bagi menentukan
bentuk wajah anda!


Ok lah mungkin ada yang masih ragu-ragu tentang bentuk 
wajah anda yang sebenarnya. Di bawah ini, ika berikan
sedikit penerangan tentang kesemua bentuk wajah.

Bentuk Inverted Triangle



Kelebaran dahi dan tulang pipi adalah lebih besarberbanding kelebaran dagu. Mereka juga mempunyai kening yang luas manakala dagu yang sempit dan bersudut.


Bentuk Oblong


Bentuk oblong lebih kurang sama dengan bentuk oval
tetapi ia lebih panjang.

 Bentuk Pear/ Segi Tiga


Kelebaran dahi adalah kecil berbanding kelebaran tulang pipi dan garis rahang. Mereka mempunyai dahi yang sempit manakalarahang yang luas.

Bentuk Rectangular


Kelebaran dahi, tulang pipi dan dagu adalah hampir samadan ditambah mempunyai rahang yang menonjol. Bentuk mukaadalah lebih panjang berbanding lebar muka.

Bentuk Bulat


Muka yang berbentuk bulat biasanya mempunyai ciri wajahyang lembut dan bahagian sisi yang melengkung. Mukanya tidak panjang dan juga tidak lebar.

 Bentuk Square


Bentuk Square adalah sama seperti bentuk rectangular.
Namun ia tidak panjang dan juga lebar.

Bentuk Heart


Mempunyai dahi dan tulang pipi yang lebar, bertirus kebawahdan mempunyai dagu yang tajam. Di bahagian tepi muka lebih melengkung berbanding bentuk inverted triangle.

Bentuk Diamond


Mempunyai tulang pipi yang sangat lebar. Ia juga mempunyai
dahi yang sempit dan dagu yang kecil.
 
Bentuk Oval


Bentuk yang paling ideal bagi wanita. Wajahnya tidak terlalupanjang dan juga tidak terlalu lebar. Tulang pipi yang tidak menonjoldan bukaan rahang yang tidak terlalu luas dan sempit.

Jika masih pening dengan bentuk muka anda, 
mari lihat pula penjelasan dari Sineadycady..


Untuk membuat kuiz tentang bentuk muka,
tekan SINI


Panduan Mengetahui Tona Kulit Anda!

Salam 1 Malaysia semua,

Hari ini ika nak kongsi dengan semua berkenaan 
cara memilih warna yang bersesuaian dengan kulit kita.
Pemilihan warna amat penting terutama dalam memilih warna
pakaian mahupun solekan lebih-lebih lagi pada wanita.
Sebagai gambaran, pemilihan warna yang betul amat penting ketika memilih
bedak asas, pemerah pipi, gincu (lipstik), pakaian, shawl dan barang kemas.
Kalau kita salah memilih tone warna yang tidak sesuai, pakaian atau
solekan yang kita gunakan tidak akan menjadi dan tiada seri.



Tone warna kulit terbahagi kepada dua iaitu
TONE PANAS (warm undertone)
TONE SEJUK(cool undertone)
Beberapa cara untuk mengetahui ton kulit anda.

1. Lihat urat pada badan anda
Jika urat pada badan anda bewarna kehijauan,
menandakan ton warna panas. Jika urat pada badan
berwarna kebiruan menandakan ton warna sejuk.

2. Menggunakan perhiasan perak/ emas
Jika warna emas lebih menaikkan seri , menandakan
ton warna panas. Manakala, jika perak yang lebih sesuai 
menandakan ton warna sejuk

3. Menggunakan tuala putih
Bersihkan wajah daripada make-up dan tarik rambut kebelakang.
Ambil tuala putih and lilitkan di leher anda. Warna putih akan menyerlahkan
lagi warna tona kulit anda. Jika anda ternampak tona warna seakan-akan biru atau
kemerahan atau keunguan pada wajah anda, kulit anda bertona warna sejuk. Namun sekiranya anda melihat warna kuning, beige atau keemasan , anda berkulit tona warna panas.Perlu diingatkan bahawa bukan kulit luaran yang menentukan warna tona tetapiundertones anda. Walaupun anda berkulit cerah, belum tentu kulit anda bertona sejuk.

4. Dibawah sinaran matahari
Perhatikan warna asas tona kulit anda di bawah sinaran matahari. Jika warna
kulit anda cenderung kekuningan, anda bertona kulit panas. Manakala jika
warna kulit anda cenderung kepada merah jambu, anda bertona kulit sejuk.

Jika ragu-ragu, sila lihat video ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Di sini terdapat lebih banyak tips yang menarik dan tidak rugi
jika menontonnya!


Kesimpulannya, warna tona kulit anda di bawah ini.
Yeay! Dah tahu warna tona kulit!


Pasti anda sudah mengetahui tona kulit anda sama ada 
kulit anda bertona panas mahupun sejuk.
Sekarang ika kongsikan warna yang terbaik untuk tona 
kulit anda.. 




Kalau anda lihat pada kedua-dua gambar di atas, sudah pasti
anda faham tanpa perlu ika menjelaskannya kan?
Tapi, secara keseluruhannya jika anda mempunyai tona kulit
panas lebih sesuai dan cantik apabila memakai warna daripada
Merah, Orange, Peach..
Jika anda mempunyai tona kulit sejuk pula lebih cenderung pada
warna Biru, Ungu, Hijau..

Ika tergolong daripada yang bertona kulit panas.
Sebab too, ika lagi banyak baju warna merah!
Awak pula bagaimana?
UP
This blog is fully design by IZZEYQA! Alright reserved by NUR ATIQAH MOHD ZAKI