Salam 1 Malaysia semua
Ok, pada kali nie ika akan kongsikan
beberapa tips yang menarik tentang memilih gaya
tudung mengikut bentuk muka kita. Bukan apa, kadang
kala kita akan menjadi mangsa fesyen disebabkan terlalu
banyak fesyen tudung yang ada di pasaran sekarang..
Bagi yang tak tahu apa bentuk muka anda, bolehlah
klik DISINI dahulu.
Wajah Oval:
Anda bebas meimilih gaya tudung yang diinginkan. Walaupun anda menggunakan selendang, anda tetap boleh mengenakan selendang bersama anak tudung ataupun tanpa anak tudung. Ini kerana, bentuk wajah sebegini sememangnya menjadi idaman semua. Bukan itu sahaja, semua jenis material tudung juga boleh dipakai tanpa mempunyai masalah.
Tulang rahang anda kelihatan jelas dengan memiliki bentuk wajah sebegini. Bahagian dagu pula kurang kelihatan. Anda perlu bijak menggayakan tudung atau selendang untuk menyembunyikan tulang rahang anda. Caranya, pilihlah gaya lilitan apabila menggayakan selendang. Elakkan menbuat ikatan ke belakang tengkuk mahupun ikatan Bienda kerana ini hanya akan memperlihatkan tulang rahang anda. Gaya tudung turban adalah dilarang sama sekali kerana dapat memperlihatkan tulang rahang yang lebih luas.
Anda memiliki dagu yang panjang. Untuk mengelakkan kening nampak tinggi, anda disarankan memakai anak tudung ke bawah sedikit menghampiri atau menutupi sedikit di bahagian kening. Penggunaan anak tudung syria dijangka dapat membantu untuk menutupi sedikit bahagian kening anda yang tinggi. Namun begitu, wajah sebegini sesuai menggayakan apa jua jenis selendang.
Wajah sebegini disarankan untuk memilih anak tudung yang lebih anjal agar tidak membuatkan pipi anda tampak kelihatan lebih tembam. Ini akan membuatkan ilusi wajah anda kelihatan memanjang. Anda disarankan memilih selendang yang nipis agar kepala anda tidak akan kelihatan lebih besar, Selendang pashmina nipis atau mini sangat sesuai untuk wajah anda.Bagi wajah yang berbentuk bulat, pilihlah tudung yang bercorak kecil dan tidak penuh. Ia untuk mengelakkan wajah anda kelihatan penuh dan tidak terurus.
Seperti betuk wajah oval, anda bebas menggayakan apa jua jenis selendang. Ini kerana wajah anda yang tirus mudah digayakan dengan apa jua anak tudung dan selendang. Namun begitu, untuk membuatkan wajah anda tampak sekata, tarik selendang atau anak tudung ke hadapan sedikit pada bahagian rahang agar sekata dengan bahagian pipi dan kening.