Salam 1 Malaysia semua,
Hari ini ika nak kongsi dengan semua berkenaan
cara memilih warna yang bersesuaian dengan kulit kita.
Pemilihan warna amat penting terutama dalam memilih warna
pakaian mahupun solekan lebih-lebih lagi pada wanita.
Sebagai gambaran, pemilihan warna yang betul amat penting ketika memilih
bedak asas, pemerah pipi, gincu (lipstik), pakaian, shawl dan barang kemas.
Kalau kita salah memilih tone warna yang tidak sesuai, pakaian atau
solekan yang kita gunakan tidak akan menjadi dan tiada seri.
Tone warna kulit terbahagi kepada dua iaitu
TONE PANAS (warm undertone)
TONE SEJUK(cool undertone)
Beberapa cara untuk mengetahui ton kulit anda.
1. Lihat urat pada badan andaJika urat pada badan anda bewarna kehijauan,menandakan ton warna panas. Jika urat pada badanberwarna kebiruan menandakan ton warna sejuk.
2. Menggunakan perhiasan perak/ emasJika warna emas lebih menaikkan seri , menandakanton warna panas. Manakala, jika perak yang lebih sesuaimenandakan ton warna sejuk
3. Menggunakan tuala putihBersihkan wajah daripada make-up dan tarik rambut kebelakang.Ambil tuala putih and lilitkan di leher anda. Warna putih akan menyerlahkanlagi warna tona kulit anda. Jika anda ternampak tona warna seakan-akan biru ataukemerahan atau keunguan pada wajah anda, kulit anda bertona warna sejuk. Namun sekiranya anda melihat warna kuning, beige atau keemasan , anda berkulit tona warna panas.Perlu diingatkan bahawa bukan kulit luaran yang menentukan warna tona tetapiundertones anda. Walaupun anda berkulit cerah, belum tentu kulit anda bertona sejuk.
4. Dibawah sinaran matahariPerhatikan warna asas tona kulit anda di bawah sinaran matahari. Jika warnakulit anda cenderung kekuningan, anda bertona kulit panas. Manakala jikawarna kulit anda cenderung kepada merah jambu, anda bertona kulit sejuk.
Jika ragu-ragu, sila lihat video ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Di sini terdapat lebih banyak tips yang menarik dan tidak rugi
jika menontonnya!
Kesimpulannya, warna tona kulit anda di bawah ini.
Yeay! Dah tahu warna tona kulit!
Pasti anda sudah mengetahui tona kulit anda sama ada
kulit anda bertona panas mahupun sejuk.
Sekarang ika kongsikan warna yang terbaik untuk tona
kulit anda..
Kalau anda lihat pada kedua-dua gambar di atas, sudah pasti
anda faham tanpa perlu ika menjelaskannya kan?
Tapi, secara keseluruhannya jika anda mempunyai tona kulit
panas lebih sesuai dan cantik apabila memakai warna daripada
Merah, Orange, Peach..
Jika anda mempunyai tona kulit sejuk pula lebih cenderung pada
warna Biru, Ungu, Hijau..
Ika tergolong daripada yang bertona kulit panas.
Sebab too, ika lagi banyak baju warna merah!
Awak pula bagaimana?
thanks ika...berguna sangat :)
ReplyDeleteThanks dear. Untuk membuatkan diri kita menyerlah, kita mesti tahu berkenaan dengan diri kita..
ReplyDeleteIngat tona kulit too yang fair, dark or medium..
ReplyDeleteYg too lain pulak yerk! Hehehehe, nanti ika update!
Deleteoh baru tahu tona kulit.. hehe Thanks sharing :)
ReplyDeleteye kew.. semoga dapat membantu dear!
Deletesinggah sini. info yang bagus ni :)
ReplyDeleteTerima kasih sayang.. semoga dapat membantu sedikit sebanyak.
DeleteThanks for the information :D
ReplyDeleteThanks, dear. Semoga membantu anda!
Deletehai saya dari 1# Simple Giveaway by AA :) berguna sgt info ni. kalau salah pilih warna kadang2 kulit nampak kusam. hehehe ^^
ReplyDeleteyup dear.. kita mmg kena pilih warna ikut kesesuaian kulit kita taw..
DeleteSalam'alaik .. Trima ksih sudi share ya ? :) Bru thu , ada kaitan antara dua tu :D
ReplyDeleteWasalam dear. Yup memang ade kaitan taw.. hehehe
ReplyDelete